suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kru kabin terlebih berat badan tidak dibenarkan terbang!

Gambar hiasan.

KRU kabin Pakistan International Airlines berdepan hukuman denda jika berat badan mereka melebihi 13 kilogram (kg) daripada had yang dibenarkan.

Hal mengejutkan itu didedahkan selepas memo dalaman kakitangan tersebut tersebar.

Kerjaya kakitangan terbabit mungkin terjejas sekiranya tidak melakukan perubahan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

"Jika berat badan mana-mana kru didapati melebihi 13kg daripada had yang ditetapkan selepas 31 Jan 2019, mereka tidak akan dibenarkan terbang.

"Mereka akan dirujuk ke Pusat Perubatan Kru Penerbangan bagi menjalani pemeriksaan dan rawatan kesihatan sehingga berat badan mereka berkurangan kepada indeks jisim badan yang ditetapkan.

"Pemeriksaan berat badan semua kru kabin akan dilaksanakan di stesen pangkalan mereka dan data komprehensif akan dikekalkan untuk kegunaan pihak pengurusan."

Sementara itu, dilaporkan seramai 1,800 kakitangan tertakluk kepada amaran mengejutkan itu. - Express UK

Artikel Lain