suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Meghan gayakan persalinan RM740,000, tapi Kate ulang pakai gaun lama

Penampilan Meghan jadi perhatian. - Shutterstock

MEGHAN MARKLE mengenakan persalinan bernilai £140,000 (RM740,000) ketika menghadiri makan tengah hari Krismas Ratu Elizabeth di Istana Buckingham, menurut beberapa laporan.

Persalinan mewah termasuk gaun bernilai lebih £1,000 (RM5,287) dan gelang £139,000 (RM734,958).

Sementara itu, pakaian yang dipakai oleh birasnya, Kate Middleton, menelan kos jauh lebih rendah £305 (RM1,612) daripada Meghan, menurut laporan The Sun.

Meghan memakai gaun Erdem yang pernah dipakainya semasa tampil dalam rancangan The Today pada 2016, lapor Meghan's Mirror.


Kate menggayakan gaun lama yang pernah dipakainya tujuh tahun lalu. - Splash News

Pakaian itu dijual pada harga £1,250 (RM6,609), tetapi berlian dan gelang emas putih Reflection de Cartier yang berharga £139,000 (RM734,958) dipakai Meghan yang menjadi perhatian.

Selain itu, Duchess of Sussex dilaporkan memakai kot bulu lembut Gillian Anderson, bernilai £395 (RM2,089) dan sepasang kasut Aquazzura.

Namun, Kate hanya memakai gaun Stella McCartney yang pertama kali dipakai pada tahun 2011.
 
Khabar angin mengenai pergaduhan antara Meghan dan Kate sejak beberapa minggu lalu, tetapi seorang sahabat yang rapat dengan kerabat diraja mendedahkan bahawa sengketa antara puteri-puteri tersebut tidak akan memisahkan Harry dan William. - Mirror UK

Meghan Markle, Kate Middleton

Artikel Lain