suria

'Santa Claus' derma 200,000 mata ganjaran penerbangan kepada orang awam untuk sambut Krismas

Gambar hiasan - Bang

SEORANG lelaki bermurah hati mendermakan 200,000 mata ganjaran penerbangan kepada mereka yang tidak dikenalinya untuk menyatukan mereka dengan insan tersayang pada musim perayaan ini.

Lelaki dari New York, Peter Shankman terbang merentasi Amerika Syarikat untuk menyampaikan ceramah dan suka menghabiskan masa di rumah ketika musim perayaan.

Untuk tahun kelima berturut-turut, beliau telah menyumbangkan mata ganjaran kepada mereka yang memerlukan, seperti orang yang tidak mampu membeli tiket penerbangan tetapi ingin menghabiskan Krismas bersama saudara-mara atau anak-anak mereka.

Sebagai sebahagian daripada pertandingan tahunan, Shankman memuat naik iklan di Imgur, dan pengguna lain akan mengundi pemenang yang layak.

Dia memberitahu Washington Post: "Saya tidak dapat memikirkan cara yang lebih baik untuk menggunakan mata ganjaran ini." - Emirates 247

Artikel Lain