suria

Heboh kisah budak lelaki 9 tahun nikahi remaja 14 tahun

HANYA bertahan lima hari sebelum kisah pernikahan  pasangan bawah umur menjadi tular di seluruh Indonesia selepas dimuat naik menerusi akaun Instagram.

Perkahwinan yang berlangsung itu antara budak lelaki berumur 9 tahun dengan gadis berusia 14 tahun.

Pasangan pengantin itu dikenali sebagai Habibie dan Asma Wilgalbi.

Ia dimuat naik menerusi akaun instagram @makassar_iinfo yang mengetengahkan berita sekitar  Makassar, Sulawesi Selatan.

Laporan TribunNews.Com menyebut, akaun tersebut memuat naik pelbagai gambar perkahwinan pasangan tersebut lengkap berpakaian baju pengantin.

Pada kapsyen gambar tersebut, dinyatakan perkahwinan kedua kanak-kanak tersebut dilangsungkan pada 16 Disember lalu.

Media negara jiran mendakwa mereka telah jatuh cinta selepas bermain waterboom bersama di sebuat pusat reakreasi air.

Berdasarkan ciapan akaun instagram @makassar_iinfo, kisah pasangan muda yang berkahwin awal itu diceritakan kepada penduduk daerah Makassar, bagaimanapun lokasinya tidak dinyatakan.

”Isterinya berumur 14 tahun dan suaminya berumur 9 tahun, dua insan ini disatukan dengan ikatan perkahwinan. Mereka kali pertama berjumpa ketika bermain air di waterboom," demikian menurut akaun berkenaan. -Tribunnews.com

Habibie, Asma, Makassar

Artikel Lain