Ciuman terakhir... ibu pilih bersalin 16 minggu tapi ditakdirkan berpisah selamanya - Dunia | mStar

Ciuman terakhir... ibu pilih bersalin 16 minggu tapi ditakdirkan berpisah selamanya

Ciuman terakhir seorang ibu terhadap anaknya.

SEORANG ibu berkongsi detik memilukan apabila kehilangan anak keduanya beberapa jam selepas dilahirkan tidak cukup bulan.

Justine Zampogna, 28, dikejutkan dengan berita bahawa otak bayi yang dikandungnya sudah berhenti berkembang.

Dia dinasihatkan supaya menggugurkan kandungan pada minggu ke-15 atau melahirkan anak perempuannya itu.

Namun anak keduanya itu hanya akan hidup selama beberapa jam sahaja selepas dilahirkan.

Justine dan suaminya, Ty sudah mempunyai anak sulung yang diberi nama Chase tetapi berhasrat untuk menambah ahli keluarga mereka pada April lalu.

Ketika melakukan imbasan kandungan pada minggu ke-14, Justine menerima satu panggilan yang memintanya bertemu doktor dengan segera.

Ty menenangkan isterinya.

Doktor mengesahkan bayi dalam kandungan Justine mengalami anensefali atau cacat otak.

Pada kehamilan minggu ke-16, Justine diberi makan pil yang menghentikan fungsi plasenta dan kemudian melahirkan bayinya itu.

"Apabila kami mengetahui saya hamil kali kedua, saya amat teruja.

"Saya dan suami memilih nama Gia untuk bayi perempuan yang saya kandung. Ia bermaksud hadiah dari Tuhan.

"Namun kami dinasihatkan supaya menggugurkan bayi kami pada minggu ke-14.

"Saya dihantar ke dua hospital di Perth dan diberi dua pilihan sama ada melahirkan bayi tersebut atau menggugurkannya.

Justine bersama suami dan juga anak sulungnya.

"Saya fikir ia bukan jalan terbaik tetapi secara peribadinya saya perlu melahirkannya.

"Saat saya makan pil yang dikenali sebagai Mifepristone ia perkara paling sukar dilakukan dalam hidup saya.

"Dalam tempoh lima hari selepas bersalin, barulah saya menerima hakikat bahawa bayi perempuan saya sudah tiada, " katanya.

Justine melahirkan Gigi pada 27 Ogos lalu tetapi anak keduanya itu sudah tidak lagi bernafas.

"Ia kisah kasih sayang paling traumatik. Kami hanya mempunyai masa yang singkat untuk bersama.

"Anak lelaki saya tidak sempat bertemu adiknya. Saya beritahu dia, adiknya sudah bersama bintang di langit," katanya. - Metro.co.uk

kandungan , cacat

Artikel Sebelum

Artikel Lain