suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kucing dipos sejauh 1,126km selepas tidak sengaja masuk dalam kotak lama

Baloo masuk ke dalam sebuah kotak yang sedia untuk dipos secara tidak sengaja. - CTV News

SEEKOR kucing secara tidak sengaja telah masuk ke dalam sebuah kotak lama dan dipos sejauh 1,126 kilometer (km) merentasi Kanada.

Kucing bernama Baloo dari Nova Scotia itu akhirnya 'tersesat' jauh ke Montreal.

Pemiliknya, Jacqueline Lake memberitahu CTV: "Kami mengetuk rumah orang pintu ke pintu, cari dalam hutan, bawah dek, garaj dan bawah tangga... dia hilang."

Kehilangan kucing itu hanya disedari selepas pemandu sebuah syarikat penghantaran berasa hairan kerana terdapat kesan air kencing di dalam traknya.

Baloo. - CTV News

Baloo terperangkap di dalam kotak tersebut sepanjang 17 jam perjalanan pada 6 Disember lalu.

Pemandu terbabit kemudiannya menghubungi pusat perlindungan haiwan untuk memberitahu mengenai kejadian itu.

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai kejadian sebenar yang berlaku selepas Baloo selamat dihantar semula ke rumah pemiliknya tidak dilaporkan. - Metro UK

kucing

Artikel Lain