suria

Elvis Presley 'kawal' trafik di Jerman

SEMPENA namanya Dataran Elvis Presley, sebuah bandar di Jerman telah memberi penghormatan buat legenda muzik itu dengan cara unik.

Bandar Freidberg adalah lokasi di mana Presley yang mendapat jolokan Raja Rock N Roll, telah berkhidmat sebagai anggota tentera dari Oktober 1958 hingga Mac 1960.

Jika sebelum ini lokasi khas di tengah bandar dinamakan sempena penyanyi pujaan ramai itu, kini tiga imej Presley diletakkan pada lampu isyarat berdekatan dataran berkenaan.

Lampu isyarat merah menunjukkan Presley memegang mikrofon manakala lampu hijau pula memaparkan selebriti itu dengan gaya tersendiri ketika beraksi di pentas.

Keputusan untuk meletakkan imej Presley pada lampu isyarat pejalan kaki itu bagi mengembalikan memori legenda seni muzik itu.

Malahan, sebaik operasi lampu isyarat itu bermula orang ramai mula bergambar dengan imej itu dan beberapa ketika berada di situ bagi menunggu lampu isyarat berubah warna bagi merakamkannya.

Semua tiga warga memaparkan Presley dengan gaya tersendiri penghibur yang diminati ramai itu.-India Today

Presley, Jerman, lampu isyarat

Artikel Lain