Polis buru lelaki misteri bogel sambil onani depan rumah - Dunia | mStar

Polis buru lelaki misteri bogel sambil onani depan rumah

Rakaman CCTV berjaya membongkar perbuatan lelaki berkenaan.

SEORANG lelaki yang menceroboh sebuah kediaman dalam keadaan bogel kini sedang diburu pihak berkuasa di Santa Ana, California.

Biarpun tidak masuk ke dalam rumah berkenaan, lelaki itu berdiri di hadapan pintu sebelum melakukan aksi onani.

Perbuatan lelaki itu terbongkar setelah ia dirakam oleh kamera CCTV yang dipasang di rumah berkenaan.

Sehingga kini, pihak polis masih belum berjaya mengenal pasti identiti lelaki tersebut.

"Adakah dia pesalah seks berdaftar? Adakah dia mengalami masalah mental? Kita perlu siasat dan tahu kenapa dia berbuat begitu.

"Dia melakukan aksi seks sendirian di kawasan hadapan sambil mengintai dalam rumah. Perlakuan ini membimbangkan." ujar seorang anggota polis yang menyiasat kes itu.

Tambahnya lagi, kejadian itu berlaku pada pukul 7.45 malam, Sabtu lalu.

Menerusi rakaman CCTV, dia pada mulanya berpakaian lengkap sebelum berbogel dan berkeliaran di hadapan rumah.

Dia bagaimanapun meninggalkan kediaman itu, selepas 50 minit berada di situ.

"Pasti ada yang mengenali dia berdasarkan rakaman video itu.

"Kami berharap ada individu yang boleh tampil dan memberi maklumat," ujar polis lagi.

Mereka juga tidak menolak kemungkinan bahawa dia merupakan gelandangan yang hidup di kawasan itu.

ABC7.

Penceroboh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini