Bapa perkosa bayi baru lahir, picit tulang rusuk, dipenjara 240 tahun - Dunia | mStar

Bapa perkosa bayi baru lahir, picit tulang rusuk, dipenjara 240 tahun

-foto Mirror/McLennan County Jail

SEORANG bapa yang tergamak merogol bayi perempuannya yang baru lahir dan mengasarinya sehingga patah kaki dan tulang rusuk dipenjara 240 tahun.

Patricio Medina, 27, sedang khayal dadah jenis syabu di rumahnya ketika dia melakukan serangan seksual terhadap anaknya yang berusia satu bulan.

Mahkamah mendengar bapa durjana itu memicit tulang rusuk bayi berkenaan, menggoncang serta menghempaskan badan bayi itu pada badannya sendiri dengan kuat sehingga bayi itu patah kaki dan tulang rusuk.

Medina mengakui perbuatan kejinya itu kepada seorang banduan di penjara sebelum perbicaraannya, yang mana dia kemudian menafikan melakukan serangan seksual yang teruk terhadap kanak-kanak yang berusia kurang dari enam tahun, dua pertuduhan mencederakan dan dua lagi tuduhan membahayakan kanak-kanak.

Tetapi pada Khamis, dia disabitkan bersalah ke atas ketiga-tiga kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara 80 tahun di Texas, Amerika Syarikat untuk setiap kesalahan yang mana hukuman itu dijalankan serentak.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki durjana perkosa bayi berusia 2 minggu hingga kritikal

Mahkamah mendengar, pihak polis dipanggil ke rumah Medina di Waco, Texas, pada Mac 2014 selepas mendapat laporan salah laku terhadap bayi yang baru
dilahirkan dan mereka mendapati Medina sedang khayal dadah dan menahannya.

Ibu bayi, Lisa Montoya turut didakwa.

Pendakwa, Gabrielle Massey, memberitahu hakim:

"Apa lagi jenayah lebih teruk dilakukan bagi seseorang yang sepatutnya menyayangi dan melindungi sebuah kehidupan yang dibawa ke dunia ini, sebaliknya, dia merosakkan tubuhnya untuk memenuhi nafsu seksual.

"Semua bayi perlukan kasih sayang dan keselamatan dan lelaki yang sepatutnya memberikan perkara itu telah mengajarkannya satu kengerian di dunia.

"Syukur dia tidak membunuh si kecil, tetapi dia telah membunuh jiwanya."

Medina juga didenda sebanyak AS$10,000 (RM41,575), penjara sekurang-kurangnya 80 tahun sebelum dia layak diberi parol.

Ibu kepada bayi itu, Lisa Montoya, juga didakwa kerana mengabai dan membahayakan kanak-kanak.

Afidavit menyatakan dia meletakkan nyawa kanak-kanak itu dalam bahaya, kecederaan tubuh atau kecacatan fizikal atau mental dengan tidak melaporkan serangan tersebut kepada pihak berkuasa.

Kanak-kanak itu, yang kini berusia empat tahun, dikatakan dalam keadaan baik di bawah jagaan keluarga yang mengambilnya dan dua adik beradiknya sebagai anak angkat, lapor Mail Online. -Mirror

rogol bayi , tulang rusuk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain