suria

Pengasas bersama Microsoft meninggal dunia

Allen (kanan) bersama Gates semasa menyaksikan perlawanan NBA di Seattle pada 2003.

PAUL Allen yang juga pengasas bersama Microsoft dengan rakan sejak kecilnya, Bill Gates meninggal dunia pada usia 65 tahun akibat kanser limfoma.

Berita kematian Allen disahkan oleh keluarganya.

Awal bulan ini, Allen memberitahu kansernya yang dirawat pada 2009 kembali menyerang.

Gates turut mengucapkan takziah kepada rakannya itu.

"Saya amat sedih dengan berita kehilangan salah seorang rakan baik saya, Paul Allen," katanya.

Allen dan Gates menubuhkan Microsoft pada 1975 dan membawa haluan masing-masing pada 1980.

Paul Allen.

Pada 1986, dia menubuhkan firma pelaburan Vulcan Inc untuk menguruskan portfolio bernilai jutaan dolar.

Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Satya Nadella berkata:"Sumbangan Paul Allen kepada syarikat kami, industri kami dan komuniti kami amat diperlukan."

"Sebagai pengasas bersama Microsoft, dengan caranya tersendiri, dia mencipta produk magik, pengalaman dan institusi dan ketika melakukannya, dia mengubah dunia."

Allen menduduki ranking ke-44 dalam senarai individu terkaya di dunia dengan aset bernilai 16.4 bilion pound sterling, menurut majalah Forbes 2018.

Allen dilahirkan di Seattle pada 1953 dengan bapanya bekerja di perpustakaan manakala ibunya seorang guru.

Dia dua tahun lebih tua daripada Gates tetapi mereka bertemu dalam bilik komputer di Lakeside School di Seattle pada 1968 dan menyedari berkongsi minat yang sama. - The Sun

Paul Allen, Microsoft

Artikel Berikut

Kokpit, ekor MH370 ditemui?

Artikel Lain