Kokpit, ekor MH370 ditemui? - Dunia | mStar

Kokpit, ekor MH370 ditemui?

Boyer mendakwa objek tersebut adalah kokpit dan ekor pesawat MH370.

LONDON: Kokpit dan ekor pesawat MH370 yang tertera logo Malaysia Airlines (MAS) didakwa telah dijumpai di Kemboja.

Usaha mencari pesawat tersebut secara dalam talian dipergiat selepas penemuan bangkai pesawat itu di sebuah hutan di Phnom Penh menerusi aplikasi Google Maps oleh Brit Ian Wilson.

Lokasi kedua 'nahas' terletak kira-kira 16 kilometer dari tapak pertama telah ditemui seorang penyiasat yang juga pemburu pesawat amatur, Daniel Boyer.

Menurutnya, dia boleh menghasilkan imej kasar kokpit dan ekor pesawat tersebut yang menunjukkan beberapa objek putih di hutan barat laut Phnom Penh.

Imej dalam Google Maps.

Boyer memberitahu Daily Star, salah satu objek itu berukuran 5.4 meter (m) hampir sama dengan saiz kokpit Boeing 777 tersebut yang berukuran 5.8 m yang diyakini sebagai bahagian hadapan pesawat terbabit.

Jelasnya, dia juga boleh melihat garisan merah logo MAS pada sebuah lagi objek berukuran 9.6 m dipercayai ekor MH370.

"Saya seperti tidak percaya apabila membuat pemerhatian tersebut. Pertama, saya temui kokpit dan kemudian ini (ekor). Serpihan itu perlu disiasat," ujarnya lagi.

Lokasi 'tapak kemalangan' kedua dikesan melalui imej satelit oleh Boyer.

Imej pertama MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 ditemui Ian Wilson selepas dia menghabiskan masa selama beberapa jam melakukan carian secara dalam talian.

Gambar daripada Google Maps itu bagaimanapun mencetuskan tanda tanya tentang kesahihannya kerana mempunyai tarikh yang berbeza. - The Sun

MH370

Artikel Sebelum

Pengasas bersama Microsoft meninggal dunia

Artikel Berikut

Meghan Markle disahkan hamil!

Artikel Berkaitan