suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja cedera parah terjatuh ketika tutup pintu pesawat

Gambar hiasan.

NEW DELHI: Seorang petugas cedera parah selepas terjatuh, ketika menutup pintu sebuah pesawat di lapangan terbang Mumbai, kata sumber penerbangan pada Isnin.

Agensi berita Xinhua melaporkan, kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji.

Menurut sumber, Harsha Lobo, 53, tiba-tiba terjatuh ketika menutup pintu pesawat syarikat penerbangan Air India.

"Beliau telah dimasukkan ke hospital dengan kecederaan serius," kata sumber itu sambil menambah siasatan sedang dijalankan.

Pada Jumaat lepas, sebuah pesawat Air India merempuh tembok sempadan lapangan terbang di selatan Tamil Nadu, sejurus selepas berlepas namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

pesawat, pekerja cedera

Artikel Lain