suria

'Selfie', tersiku juruterbang mungkin punca pesawat ringan terhempas dan enam maut

'SELFIE' kemungkinan menjadi punca sebuah pesawat ringan terhempas yang menyebabkan enam orang terbunuh.

Jutawan Britain, Richard Cousins, 58 serta tunanganya Emmad Bowden, 48 terbunuh dalam kejadian yang berlaku pada 31 Disember tahun lalu.

Turut terbunuh anak perempuan Bowden yang berusia 11 tahun serta dua anak lelaki Cousins - Edwards,23, dan William,25 tahun.

Juruterbang Australia Gareth Morgan,44, yang berpengalaman menerbangkan pesawat Sydney Seaplanes turut maut.

Pemilik syarikat penerbangan itu, Jerry Schwartz yang baharu menjalin kerjasama dengan Sydney Seaplanes minggu ini menaruh keyakinan tinggi bahawa insiden bukan berkaitan dengan keselamatan.

Schwartz tidak menyalahkan juruterbang itu dan mendakwa Morgan terjatuh ketika insiden di Hawkesbury River.

"Siasatan menunjukkan sistem keselamatan pesawat berada dalam keadaan baik dan percaya bukan kesilapan juruterbang.

"Dipercayai penumpang di bahagian depan tertolak keluar juruterbang," jelasnya kepada The Australian.

Dilaporkan bahawa penumpang sedang merakam gambar pemandangan sungai dan secara tidak sengaja tersiku kepala juruterbang. -Dailymail

Pesawat ringan, selfie

Artikel Lain