Jurugambar terkejut, dakwa ada hantu dalam foto matahari terbit yang dirakam - Dunia | mStar

Jurugambar terkejut, dakwa ada hantu dalam foto matahari terbit yang dirakam

SEORANG remaja di Ohio percaya dia telah merakamkan gambar hantu di dalam kereta ketika cuba mengambil gambar keindahan matahari terbit.

Jurugambar alam semulajadi, Troy Vance, 15, memberitahu Agensi Berita Caters bahawa dia benar-benar rasa seram selepas melakukan zoom pada gambar yang diambil.

"Saya nak ambil gambar trak dengan matahari terbit sebagai latar belakangnya kerana saya rasa ia akan nampak cantik," kata Vance.

"Saya tak nampak apa-apa pada masa itu, tetapi selepas saya memuat naiknya ke Facebook, ada orang bertanya di ruangan komen adakah saya yang sedang duduk di kerusi depan."

Jadi Vance cuba melihat gambar itu dengan lebih dekat.

"Kemudian saya zoom dan melihat wajah hantu melalui cermin depan," katanya.

"Saya sangat terkejut.

"Masa tu memang tak ada seorang pun di dalam trak itu. Susah saya nak menjelaskannya."

Vance berkata ia mungkin imej seorang budak lelaki yang lemas di tasik berdekatan pada awal tahun 1900-an.

"Ia kelihatan seperti seorang budak lelaki sedang duduk di kerusi depan. Ia sangat menakutkan, saya fikir mungkin dia dalam gambar itu." -InsideEdition

hantu , matahari terbit

Artikel Sebelum

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain