suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penerjun udara wanita kritikal selepas bertembung gelora di udara

Mangsa dikejarkan ke Hospital Diraja Adelaide. - Foto dari Channel 7

SEORANG wanita muda bertarung nyawa di hospital selepas dia 'dipukul' gelora di udara semasa melakukan terjunan udara sehingga menyebabkan payung terjunnya gagal berfungsi.

Penerjun udara dari Adelaide itu bertembung dengan gangguan udara pada ketinggian 1400 kaki.

Wanita berusia 26 tahun itu mengalami kecederaan kepala kritikal di kepala dan patah kaki selepas latihan terjunan itu dilakukan pada tengah hari Sabtu.

Wanita berkenaan yang dipercayai seorang penerjun udara berpengalaman, berlatih melompat pada ketinggian 1400 kaki (426 meter) di Sekolah Terjunan Udara Adelaide Tandem di Lower Light iaitu 45 minit ke utara bandar raya itu.

Mangsa diterbangkan ke Hospital Diraja Adelaide dan masih dalam keadaan kritikal.

Difahamkan, Persekutuan Paracut Australia sedang menyiasat insiden itu.

Terdahulu, jurucakap sekolah terjun tersebut memberitahu pemberita bahawa wanita itu telah melengkapkan lebih daripada 150 terjunan. - NZ Herald

penerjun udara

Artikel Lain