suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guru besar ditetak hingga mati di depan 20 orang pelajar

GURU besar di sebuah sekolah ditetak dihadapan 20 orang pelajarnya.

Ketika kejadian, guru besar yang dikenali Raganath,60, itu sedang mengajar di sebuah kelas di Sekolah Habanur Agrahara Dasarahalli, Bangaluru sebelum diterjah oleh sekumpulan lelaki dan menetaknya sehingga mati.

Penyerang yang terdiri daripada enam orang itu kemudiannya melarikan diri menaiki sebuah kereta.

Bagaimana pun, polis berjaya menahan salah seorang daripada penyerang itu.

Suspek mengalami kecederaan di kaki selepas terkena tembakan polis ketika cuba menyerang.

Polis mengesyaki pertikaian tanah yang dibangunkan sekolah itu menjadi punca pembunuhan.-NDTV

Guru besar, tetak

Artikel Lain