Tetamu dikenakan 10 syarat pelik ke majlis kahwin, termasuk tak boleh cakap dengan pengantin, hadiah RM310 ke atas - Dunia | mStar

Tetamu dikenakan 10 syarat pelik ke majlis kahwin, termasuk tak boleh cakap dengan pengantin, hadiah RM310 ke atas

-foto Getty

SEORANG tetamu yang dijemput menghadiri sebuah majlis perkahwinan telah berkongsi pengalaman 'ngeri' apabila menerima emel senarai peraturan pelik daripada wakil pengantin menjelang majlis perkahwinan.

Berkongsi senarai itu di media sosial, tetamu berkenaan mendedahkan senarai peraturan panjang daripada 'perancang perkahwinan' pengantin perempuan, termasuklah permintaan untuk semua peserta wanita hadir dengan mengikat tocang atau tidak menggayakan rambut serta larangan bercakap dengan pengantin.

Menyifatkan peraturan-peraturan itu sebagai 'lucu', posting itu mendapat perhatian ramai.

Selepas memperkenalkan diri sebagai perancang perkahwinan, pengirimnya telah menghubungi semua tetamu untuk mengesahkan kehadiran pada majlis tersebut.

Ia diikuti dengan senarai panjang 'syarat dan peraturan', bermula dengan permintaan bahawa semua jemputan harus tiba 15 hingga 30 minit lebih awal.

Tetamu dilarang keras memakai pakaian berwarna putih, krim atau ivory, manakala wajah penuh solek juga dilarang.

'Jangan buat rakaman semasa majlis' dan 'jangan check in di Facebook sehingga diarahkan' juga adalah larangan yang dikenakan ke atas keluarga dan rakan-rakan, sementara hashtag khusus telah ditetapkan untuk mana-mana gambar berkaitan perkahwinan ini.

Arahan terakhir adalah semua tetamu mesti membawa hadiah bernilai AS$75 (RM310) atau lebih untuk membolehkan mereka masuk.

Posting itu menarik perhatian netizen yang menganggap permintaan dan larangan itu sebagai bahan lawak.

"Cara terbaik untuk membalasnya adalah dengan mengesahkan kehadiran tetapi tidak hadir,' kata seorang pengguna.

Seorang lagi pengguna berpandangan dia akan membayar AS$75 (RM310) ke perkahwinan ini dan menonton drama. -DailyMail

majlis kahwin , tetamu , peraturan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL