suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Presiden Vietnam meninggal dunia pada usia 61 tahun

HANOI: Presiden Vietnam, Tran Dai Quang meninggal dunia pagi Jumaat di sebuah hospital di Hanoi, menurut agensi berita Xinhua.

Menurut agensi berita Vietnam, Quang, 61, meninggal dunia selepas sekian lama menderita sakit.

Quang dilahirkan pada 12 Oktober 1956 di wilayah Ninh Binh, utara Vietnam.

Beliau mempunyai kelulusan ijazah kedoktoran undang-undang dan ijazah sarjana dalam bahasa Cina selain dianugerahkan gelaran profesor pada 2009.

Pada April 2016, beliau dipilih sebagai Presiden oleh Perhimpunan Kebangsaan Vietnam yang merupakan badan perundangan tertinggi negara. - Bernama

Tran Dai Quang

Artikel Lain