suria

Janda dalang culik, rogol isteri baharu bekas suami

SEORANG wanita yang diceraikan telah menculik isteri baharu bekas suaminya di Haryana Ambala, malahan menjadi dalang kejadian rogol berkumpulan terhadap mangsa.

Polis daerah berkenaan berkata, siasatan mendapati wanita yang diceraikan Disember lalu telah menculik bekas suaminya dan isteri baharunya dengan bantuan ahli keluarganya menggunakan dua kenderaan.

Sebaik diculik, pasangan yang baharu berkahwin seminggu itu telah dipukul.

Seterusnya, dua lelaki telah memasuki salah satu kenderaan dan memperkosanya sebelum meninggalkannya di perhentian bas.

Pasangan itu kemudiannya membuat laporan polis dan siasatan polis telah membawa kepada penahanan seorang daripada dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian rogol itu.

Ketika keterangan mangsa diambil, pengantin perempuan itu menceritakan kejadian yang menimpa dirinya.

"Bekas isteri suaminya datang ke rumah pada kira-kira pukul 7.15 malam, Rabu dan dia tidak keseorangan sebaliknya ditemani ibu bapa, dua abang, dua pakcik dan seorang makcik.

"Ketika itu, suaminya dan ibu mertuanya ada di rumah. Mereka kemudiannya dipukul kumpulan tetamu tidak diundang itu hingga menyebabkan ibu mertuanya pengsan sebelum pasangan pengantin itu diculik dan dibawa menaiki kenderaan berasingan," katanya.

Malahan, katanya, mereka turut diugut menggunakan senjata api dan dibawa ke Panipat yang terletak 120 kilometer dari Ambala.

"Kami dipukul ketika dalam kenderaan dan saya telah diugut supaya menuntut supaya diceraikan.

"Apabila saya enggan, dua lelaki yang ada bersama dalam kereta itu telah merogol saya sebelum kami ditinggalkan di hentian bas Bahadurgarh pada tengah malam," katanya.

Mereka kemudiannya menaiki teksi ke Panipat dan tiba di Ambala pada pukul 6 pagi, kira-kira 11 jam selepas diculik dari kediaman mereka.-IndiaToday


Ambala, rogol

Artikel Lain