Kamera disembunyi dalam jam, pasangan kekasih risau segala aktiviti mereka dirakam tuan rumah - Dunia | mStar

Kamera disembunyi dalam jam, pasangan kekasih risau segala aktiviti mereka dirakam tuan rumah

PERCUTIAN pasangan kekasih ini bertukar menjadi mimpi ngeri apabila menyedari dirakam secara sembunyi di kediaman yang disewa mereka.

Dougie Hamilton, 34, dari Glasgow, Scotland berkata, kediaman yang disewa menerusi Airbnb di Toronto itu pada mulanya seperti kediaman biasa sahaja.

Namun, dia menyedari terdapat sesuatu yang pelik apabila jam yang terdapat di dalam rumah itu bersambung dengan satu wayar misteri.

Telahan itu ternyata benar apabila sebuah kamera disembunyikan di dalam jam berkenaan.

Pemilik kediaman itu dikatakan memiliki enam lagi unit Airbnb yang disewakan secara meluas kepada orang ramai.

Hasil aduan tersebut, pemilik berkenaan kini dibuang serta merta daripada perkhidmatan Airbnb.

"Kami telah menyingkir pemilik tersebut dari platform kami.

"Siasatan sedang dijalankan dan kami memberi sokongan penuh kepada pengadu," ujar jurucakap Airbnb, Lindsey Scully.

Jam kamera tersebut dihadapkan ke arah ruang tamu dan bilik tidur sekaligus membolehkan segala aktiviti pasangan itu dirakam secara sembunyi.

Katanya lagi, hal ehwal privasi pelanggan merupakan isu yang seiurs dan mereka tidak akan berkompromi mengenai kejadian tersebut.

Pihak polis Toronto turut mengesahkan sedang melakukan siasatan berhubung aduan tersebut.

Sementara itu, Hamilton berkata, dia dan teman wanitanya baru sahaja pulang dari bersiar-siar di sekitar bandar sebelum menyedari jam aneh tersebut.

"Kami sangat sibuk pada hari itu, keluar berjalan-jalan. Jadi kami pulang ke kediaman sewa untuk berehat.

"Sewaktu memandang jam itu, saya rasa pelik sebelum menyedari ada sesuatu yang tidak kena.

"Saya tak tahu jika pemilik kediaman memerhatikan kami, saya rasa seram dan tak mahu menginap di situ," ujarnya.

Tambah pemuda itu, jam kamera berkenaan dihadapkan ke arah ruang tamu dan bilik tidur sekaligus membolehkan pengendalinya menyaksikan segala aktiviti Hamilton dan kekasihnya sepanjang mereka berada di kediaman itu. - DailyMail.

Airbnb

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain