suria

Lembu mutan dua kepala lahir di China

Anak lembu dilahirkan dengan dua kepala. Foto Asia Wires

SEEKOR anak lembu mutan dilahirkan berkepala dua di China.

Haiwan itu dilahirkan dalam keadaan yang luar biasa selepas ia mengalami mutasi genetik semasa dalam kandungan ibunya.

Seorang penduduk kampung, Feng Wenhong berkongsi beberapa gambar anak lembu itu secara dalam talian.

Feng tinggal di kampung terpencil Donggu di wilayah Shaanxi.

Feng bimbang anak lembu itu tidak dapat hidup lama dan memberitahu haiwan berkenaan tidak dapat berdiri.

Katanya: "Semua anak lembu yang lain sangat normal. Pada mulanya, saya tidak menyedarinya, saya fikir kepalanya lebih besar daripada kebiasaan.

"Tapi bila saya mendekatinya, saya mendapati ia mempunyai dua kepala.

"Ia boleh minum dari kedua-dua mulut dan nampaknya agak stabil, tetapi malangnya ia tidak boleh berdiri," kata Feng.

Timbalan ketua stesen perhutanan daerah Qindu, Wu Wei berkata, keadaan lembu itu mungkin disebabkan oleh gen mutasi semasa fasa kelahirannya.

Tambahnya, haiwan seperti itu kebiasaannya tidak dapat hidup lama. - Mirro Online UK


lembu, mutan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain