suria

Kakak nafi Meghan mahu berdamai dengan bapa

KAKAK tiri kepada Meghan Markle menafikan dakwaan bahawa Duchess of Sussex itu merancang untuk bertemu bapanya Thomas bulan ini.

Laporan pada hujung minggu lalu mendakwa isteri kepada Putera Harry itu akan berlepas bersendirian ke Amerika Syarikat (AS) untuk berdamai dengan bapanya.

Namun dakwaan itu dinafikan Samantha.

"Saya bercakap dengannya (Thomas) setiap hari dan ia amat menyedihkan tetapi mereka tidak menghubunginya.

"Tiada temu janji diatur, dakwaan itu hanya khabar angin. Meghan tiada usaha untuk berdamai dengannya (Thomas)," kata Samantha.

Meghan Markle.

Hubungan Meghan dan Samantha mulai tegang sejak 2015.

Samantha sering mempertahankan kenyataan Thomas sejak bapanya dan Meghan berhenti berhubung antara satu sama lain.

"Ia tempoh yang menyayat hati baginya dan saya amat sedih melihat adik saya mengabaikannya," kata Samantha.

Meghan meraikan ulang tahun kelahiran ke-37 pada Ahad, sambutan pertama selepas menjadi sebahagian keluarga diraja Britain.

Samantha turut menulis ucapan selamat hari lahir kepada Meghan menerusi Twitternya.

Malah dalam ucapan itu, Samantha tulis menyelitkan komen sinis mengenai tindakan Meghan menyisihkan bapa mereka.

Meghan Markle, Samantha

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain