Trump ungguli carian Google untuk perkataan ‘idiot’ - Dunia | mStar

Trump ungguli carian Google untuk perkataan ‘idiot’

DONALD TRUMP pernah mendakwa bahawa dia antara yang memiliki IQ tertinggi , tapi tidak bagi enjin carian Google.

Pengguna Internet mendapati imej Trump mengungguli keputusan carian gambar bagi perkataan 'idiot' (bodoh).

Trump muncul dalam enam daripada 15 entri untuk perkataan bodoh bagi pengguna di United Kingdom (UK), menurut laporan Independent.

Lagu Green Day bertajuk American Idiot juga memanjat carta carian Google. - Getty Images

Rakyat UK berhimpun di Dataran Parlimen untuk memprotes lawatan Trump ke negara itu. - London News Pictures LTD

Algoritma tersebut dikatakan ada kaitan dengan lawatan terkini Trump ke UK yang menyaksikan ribuan rakyat memenuhi jalan di London untuk memprotes lawatan Presiden Amerika Syarikat selama empat hari itu.

Petisyen menggesa pengguna laman sosial untuk membeli salinan lagu ikonik kumpulan Green Day pada 2004 iaitu American Idiot untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap jemputan oleh kerajaan UK kepada Trump.

NME dan Popsugar menulis artikel mengenai kempen itu sekali gus 'membantu' Trump naik ke tangga teratas carian perkataan bodoh. - Mirror UK

Donald Trump

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain