suria

Pesawat jatuh 10,000 kaki gara-gara asap vape

PENUMPANG Air China berdepan detik cemas apabila pesawat tersebut tiba-tiba 'terjatuh' 10,000 kaki gara-gara asap vape.

Insiden membabitkan pesawat Boeing 737 itu berlaku selepas pembantu juruterbang dipercayai menggunakan rokok elektronik tersebut di dalam kokpit.

Dalam kejadian itu, topeng oksigen turut terkeluar secara automatik sebelum pesawat naik semula untuk meneruskan destinasi penerbangan.

Secara umumnya, Air China mempunyai rekod keselamatan yang baik tetapi ada penumpang mendakwa juruterbang merokok di dalam kokpit.

Siasatan awal mendapati pembantu juruterbang didapati menggunakan vape, lapor China News sambil memetik kenyataan sidang akhbar oleh Pentadbiran Penerbangan Awan China (CAAC) yang menyiasat insiden pada Selasa lalu.

"Asap meresap ke dalam kabin penumpang dan komponen penghawa dingin dimatikan secara tiba-tiba tanpa memaklumkan kepada kapten menyebabkan kekurangan oksigen," katanya.

China News melaporkan pembantu juruterbang itu turut mematikan unit penyaman udara berkenaan.

Pegawai CAAC, Qiao Yibin berkata penutupan penyaman udara mencetuskan penggera menyebabkan anak kapal melakukan prosedur bantuan kecemasan yang kemudiannya mengeluarkan topeng oksigen kabin.

Katanya, anak kapal menyedari masalah itu selepas penyaman udara dihidupkan dan membolehkan tekanan udara di dalam kabin kembali normal.

Air China dalam satu kenyataan di Weibo pada Rabu berkata mereka tidak akan bertoleransi terhadap sebarang salah laku ditimbulkan kakitangannya.

Air China, vape

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain