suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Bukit ais' hanyut, penduduk Greenland cemas

COPENHAGEN: Bongkah ais sebesar bukit yang hanyut telah menghampiri kawasan perkampungan di pantai barat Greenland.

Kedudukan 'bukit ais' itu telah mencetuskan kebimbangan kepada penduduk kampung tersebut.

Kemungkinan berlaku tsunami amat tinggi sekiranya bongkah itu pecah dan runtuh, lapor Reuters.

Bongkah ais itu jauh lebih tinggi daripada rumah-rumah yang dibina di tebing perkampungan Innaarsuit, tetapi ia tidak bergerak sejak malam Khamis, lapor media tempatan, KNR.

Penduduk yang berada berdekatan dengan pantai, yang dikenal pasti sebagai zon bahaya, telah dipindahkan ke kawasan lebih tinggi yang menempatkan pusat evakuasi, kata jurucakap polis Greenland.

Musim panas yang lalu, empat orang terkorban selepas ombak besar melanda kawasan barat laut Greenland.

Greenland, ais

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain