Empat lagi remaja diselamatkan dari gua - Dunia | mStar

Empat lagi remaja diselamatkan dari gua

CHIANG RAI: Empat lagi yang terperangkap bersama-sama rakan serta jurulatih pasukan bola sepaknya dalam sebuah gua di utara Thailand selama lebih dua minggu, telah berjaya dibawa keluar pada Isnin, lapor agensi berita China Xinhua.

Sehingga kini jumlah yang diselamatkan seramai lapan orang, dan bakinya masih lagi empat orang.

Seorang saksi memberitahu Xinhua pada Isnin bahawa remaja itu dibawa keluar dari gua terbabit pada kira-kira pukul 5 petang waktu tempatan dan telah dikejarkan ke sebuah hospital di Chiang Rai oleh helikopter selepas operasi menyelamat selama enam jam.

Operasi berkenaan melibatkan 13 penyelam asing dan lima anggota unit SEAL Tentera Laut elit Thailand.

Ketua misi, Narongsak Osottanakorn pada Ahad mengumumkan empat mangsa pertama berjaya dikeluarkan.

Tambahnya, misi itu dijangka mengambil masa sehingga tiga atau empat hari lagi untuk diselesaikan secara sepenuhnya.

Mangsa pertama dikenal pasti sebagai Mongkol Boonpiem, 13.

Dia kini ditempatkan di Hospital Chiang Rai Prachanukroh.

Menurut satu sumber, mangsa berada dalam keadaan baik namun doktor sedang memerhatikan perkembangan kesihatan mereka.

Kisah pasukan bola sepak "Wild Boars" itu yang terperangkap dalam gua akibat banjir menjadi tumpuan media-media dari seluruh dunia.

Hujan lebat sepanjang malam di kawasan Gua Tham Luang turut meningkatkan risiko yang digelar "perang dengan air dan masa" untuk menyelamatkan kumpulan kanak-kanak berkenaan.


terperangkap , gua , remaja

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain