Bekas jutawan bawa diri ke pulau - Dunia | mStar

Bekas jutawan bawa diri ke pulau

David Glasheen.

SYDNEY: Tidak semua yang kita harapkan menjadi kenyataan, begitulah nasib seorang lelaki yang pernah bergelar jutawan suatu ketika dahulu.

David Glasheen, 73, berasal Sydney North Shore, Australia terpaksa akur dengan kehidupannya hari ini selepas muflis sekali gus kekayaannya lenyap sekelip mata.

Akibat terlalu kecewa dan tertekan, lelaki ini mengambil keputusan tinggal bersendirian di sebuah pulau terpencil di Restoration Island sejak 20 tahun lalu bagi menghabiskan sisa hidupnya.

Meskipun hidup tanpa bekalan air dan elektrik, Glasheen merasakan dirnya lebih bahagia berbanding sebelum ini.

“Saya dapat kebenaran menyewa pulau ini bagi tempoh 50 tahun dan membuat keputusan untuk terus menetap di pulau ini walaupun serba-serbi kekurangan,” katanya.

Bagi menampung keperluan hariannya di pulau itu, dia mengambil upah sebagai pemandu pelancong di sekitar pulau tersebut.

“Saya dapat upah tak banyak tetapi cukup menampung kehidupan harian di pulau ini,” katanya.

Menyingkap kisah hidupnya, pada 1987, dia dikatakan kehilangan AS10 juta akibat krisis kewangan dunia ketika itu.

Sususlan kejadian itu, dia diisytiharkan muflis oleh pihak bank dan kekecewaan itu bertambah parah apabila dia ditinggalkan isterinya.

jutawan , pulau

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bunuh ular tedung guna penyapu

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain