Empat beradik jatuh balkoni, bapa lapor polis terhadap ibu - Dunia | mStar

Empat beradik jatuh balkoni, bapa lapor polis terhadap ibu

-foto Sanook/Amarin

SEORANG warganegara Switzerland telah membuat laporan polis terhadap bekas isterinya selepas empat anaknya terjatuh dari sebuah pangsapuri di Bangkok, awal pagi Selasa.

Dalam insiden itu, anaknya yang berusia 5 tahun meninggal dunia.

Dua lagi anaknya yang berusia tujuh dan 10 tahun masih lagi berada dalam unit rawatan rapi (ICU) dan anak sulungnya patah kaki.

Marcel Borel yang bekerja sebagai guru bahasa Inggeris di Bangkok memberitahu kru televisyen tempatan bahawa bekas isterinya tidak membenarkan dia bertemu anak-anaknya selepas mereka bercerai empat tahun lalu.

Malah, rundingan hak penjagaan anak-anak masih belum selesai sehingga kini.

Menerusi insiden itu, keempat-empat mangsa dikatakan memanjat dan duduk di atas sekeping kayu yang dipasang di atas balkoni sebagai rak sebelum terjatuh.

-foto Morning News

Ibu mangsa, Rattikarn Prakaikaew, 36, dalam keadaan menangis memberitahu pemberita bahawa anaknya ditinggalkan bersama ibu bapanya ketika dia keluar bekerja syif malam di sebuah hotel di Wireless Road.

Nenek mangsa, Rattana, 63, pula berkata, dia kembali ke biliknya setelah memberi makan dan menidurkan cucu-cucunya, lapor Sanook.

Jiran-jiran menggambarkan keempat-empat mangsa sebagai kanak-kanak yang baik namun tinggal dalam keluarga yang mempunyai masalah kewangan.

Sehingga kini, siasatan pihak polis masih belum selesai.

bekas isteri , jatuh balkoni

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain