suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adegan Tembakan, Tebusan Di Trebes

SEORANG pekerja di sebuah pasaraya terbunuh selepas menjadi tebusan dalam adegan menembak di Trebes, Perancis.

Kejadian berlaku pagi Jumaat dan suispek dipercayai anggota militan ISIS menyerbu masuk ke pasara raya 'Super U' sambil menjerit 'saya akan bunuh kamu dan 'balas dendam Syria'.

Menurut sumber di bandar itu memebritahu, mangsa yang terbunuh merupakan pekerja di pasara raya itu ditembak mati manakala seorang lagi cedera parah.


Turut dilaporkan suspek yang berusia awal 30-an itu turut membawa bom tangan.

Laporan media di Perancis memberitahu, turut tercedera ditembak adalah anggota polis dari bandar berdekatan Carcassonne.

Suspek dipercayai menaiki sebuah kereta dalam membuat tembakan rambang ke arah empat anggota polis yang sedang berjoging di Carcassonne sebelum tiba di Trebes.

Dalam kejadian itu juga, lebih kurang lapan orang dijadikan tebusan penyerang itu.

Trebes, ISIS

Artikel Lain