Gambar Dramatik Juruterbang Buka Payung Terjun Ketika Jet Terhempas Muncul - Dunia | mStar

Gambar Dramatik Juruterbang Buka Payung Terjun Ketika Jet Terhempas Muncul

-foto KNS News

GAMBAR yang menunjukkan saat-saat getir seorang juruterbang Red Arrows 'terlepas' dari maut muncul dan menjadi tajuk utama berita.

Gambar dramatik itu menunjukkan David Stark terjun dengan payung terjun setelah berjaya keluar dari pesawat yang sedang terhempas, manakala rakannya, jurutera Jonathan Bayliss terbunuh serta-merta apabila Hawk T1 terbakar di sebuah pangkalan di Wales Utara.

David Stark. -foto RAF

Laporan mencadangkan kemalangan itu berlaku hanya 116 saat selepas pesawat mereka diterbangkan.

Jurugambar amatur, David Taylor yang merakamkan gambar itu semasa nahas pada Selasa, memberitahu Daily Mail: "Saya benar-benar terkejut dengan apa yang saya lihat. Pesawat berlepas secara normal, rodanya kemudian disimpan, tetapi selepas itu mula tidak tentu arah.

"Saya fikir, ia tidak akan selamat. Pesawat itu berada sekitar 70 atau 80 kaki, kemudian ada bunyi 'pop' sebelum kami dapat melihat bola api."

-foto KNS News/David Taylor

Gambar itu muncul ketika penghormatan diberikan untuk Bayliss, 41, dengan rakan-rakannya menyatakan 'impian seorang murid sekolah telah dicapai' dengan menyertai pasukan itu.

Jonathan Bayliss. -foto RAF

Siasatan penuh telah bermula sejak tragedi itu.

Laporan awal mencadangkan bahawa kedua-dua lelaki itu cuba keluar dari pesawat, tetapi salah satu payung terjun mereka gagal dibuka.

Tetapi saksi kemudian berkata mereka hanya melihat seorang sahaja yang berjaya melepaskan diri dari jet itu.

Stark menyertai Red Arrows pada bulan November dan dirawat oleh paramedik selepas nyaris maut.

-foto SWNS

Gambar-gambar dramatik menunjukkan asap hitam tebal ketika pesawat meletup dan terhempas, dipercayai akibat serangan burung tetapi sumber menyatakan kegagalan mekanikal juga tidak ditolak.

Seorang wanita yang sedang berjalan dengan anjingnya berkata: "Bunyi enjin pesawat berhenti secara tiba-tiba. Kemudian ia terus terhempas.

"Kemudian kami mendengar bunyi 'bang', kami nampak api dan asap serta melihat seorang lelaki dengan payung terjun hampir mencecah tanah, dia kelihatan seperti patung yang tidak bermaya."

Stark dipercayai sedang terbang ke pangkalan Anglesey dengan rakannya untuk latihan simulator.

Seorang sumber berkata: "Kedua-duanya berjaya keluar tetapi malangnya salah satu payung terjun mereka tidak berfungsi dengan baik."

RAF Valley digunakan untuk melatih juruterbang jet pejuang dan kapal terbang untuk operasi gunung dan maritim. -TheSunUK


Red Arrows , terhempas , payung terjun

Artikel Sebelum

Adegan Tembakan, Tebusan Di Trebes

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain