suria

Pemuda Melayang RM289,228 Lepas Tendang Wanita Sekadar Suka-Suka

SEORANG lelaki yang menendang kaki seorang wanita yang tidak dikenalinya dari arah belakang dengan tujuan untuk menghasilkan video tular akhirnya 'makan diri' apabila dia diarahkan membayar lebih £50,000 (RM276,712) kepada mangsanya.

Serangan itu berlaku di Barcelona ketika wanita berkenaan berdiri untuk melintas jalan dengan seorang rakannya.

Pemuda berusia 24 tahun, Mario Garcia Montealegre dilihat mengira dengan jarinya sebelum berlari ke arah mangsa pada 2015.

Penyerang tersebut menendang kaki wanita berusia 48 tahun di bahagian betis kirinya sehingga menyebabkan wanita itu terpelecok dan jatuh ke lantai.

Mangsa yang enggan dikenali itu terpaksa mengambil cuti sakit selama 75 hari kerana mengalami sakit belakang, buku lali terkehel dan kecederaan pada bahagian lutut serta pergelangan tangan.

Pihak polis Mossos d'Esquadra menyiarkan video tersebut dengan notis: "Bantu kami untuk menangkap orang yang fikir ia adalah okay untuk menyerang orang yang tidak bersalah."

Selepas video itu tular, Montealegre menyerahkan dirinya ke balai polis.

Tiga tahun kemudian, berita mengenai kejadian itu menjadi hangat semula selepas lelaki berkenaan bersetuju membayar mangsa sebanyak 60,000 Euro (RM289,228) sebagai pampasan.

Pihak pendakwaan pada awalnya memohon pampasan sebanyak 45,000 Euro (RM216,921), namun defendan mahu menunjukkan dia benar-benar kesal dengan perbuatannya dan sanggup membayar lebih. - Mirror UK

tendang, pampasan

Artikel Lain