suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bas Dua Tingkat Bertembung Treler, 16 Maut

-foto AP

BANGKOK: Sebuah bas dua tingkat yang membawa pelancong tempatan  bertembung dengan sebuah treler di sebuah lebuh raya di Wilayah Nakhon Ratchasima malam tadi, mengorbankan sekurang-kurangnya 16 penumpang dan 33 lagi cedera.

Menurut Pengarah Jabatan Pencegahan dan  Tebatan Bencana wilayah itu, Suthep Ruentawin, bas itu sedang menuju ke Kalasin, timur laut Thailand dari Chantaburi, yang terletak di timur negara ini semasa  tragedi itu berlaku kira-kira pukul 7.30 malam, (8.30 malam waktu Malaysia).

"Berikutan pelanggaran dengan treler itu, bas berkenaan terbabas dan melanggar sebuah tempat berteduh  di tepi lebuh raya itu dan terbalik," katanya sambil menambah kebanyakan mangsa daripada bas itu meninggal dunia akibat kecederaan parah yang mereka alami.

Penumpang yang cedera dihantar ke hospital berdekatan di Wang Nam Khiao, Maharat, Nakhon  Ratchasima  dan Hospital Universiti Teknologi Suranari untuk dirawat , katanya.

Pihak berkuasa menjangkakan jumlah korban akan meningkat berikutan kecederaan serius yang dialami oleh sesetengah mangsa.

Sementara itu Kol Jeerawat Prayoonsub dari Balai Polis Udomsub memberitahu media tempatan bahawa pemandu bas itu terselamat dan sedang disiasat oleh pihak berkuasa.

Bas itu didakwa dipandu melebihi had laju ketika kemalangan.

-Bernama
kemalangan bas, treler

Artikel Lain