suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar! Lebih 25 Pasang Tangan Dibuang Dalam Sungai

PULUHAN pasang tangan dari jari ke pergelangan tangan manusia ditemui dalam sungai yang membeku.

Semuanya, 54 tangan ditemui penduduk tempatan dalam sebuah beg kecuali satu di Sungai Amur dekat bandar Khabarovsk di timur Siberia, dekat China.

Beg berisi anggota badan itu dijumpai di sungai yang terletak hampir 30 kilometer dari Rusia dan China.

Ia ditemui di lokasi popular dalam kalangan pemancing ikan.

Bagaimanapun, timbul persoalan siapa sebenarnya pemilik tangan berkenaan dan kenapa serta bila ia dipotong, demikian lapor The Siberian Times.

Cap jari setiap tangan yang ditemui sedang diperiksa untuk mengenal pasti identiti pemiliknya.

Antara teori yang dibuat adalah ia milik individu yang dihukum kerana mencuri atau ia daripada mayat di hospital. Bagaimanapun, semua persoalan itu masih belum dapat dijawab.

Satu lagi tafsiran adalah ia milik mayat yang dibunuh selepas anggota badannya dicuri dan tangan mereka dipotong untuk memastikan identiti mangsa tidak diketahui.

Sementara itu, media tempatan melaporkan, bersebelahan kumpulan tangan itu ditemui pembalut luka dan plastik penutup kasut yang digunakan di hospital.



Sungai Amur, Siberia

Artikel Lain