suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas ‘Pegawai Penguatkuasa Terbaik’ Ditahan Miliki Dadah, Abaikan Anak

Worthy (kanan) pernah menerima anugerah 'Pegawai Penguatkuasa Terbaik 2016'kerana menyelamatkan nyawa seorang mangsa kebakaran. - Florida Sheriffs Association

SEORANG polis di Brevard, Amerika Syarikat yang pernah dianugerahkan 'Pegawai Penguatkuasa Terbaik 2016' ditahan pada pagi Khamis selepas pihak berkuasa mendakwa menjumpai dadah dan kesan tembakan di rumah yang didiaminya bersama teman wanita dan anak mereka yang berusia dua tahun.

Pada pagi Rabu, jurucakap polis, Tod Goodyear berkata, pihak polis memberikan reaksi terhadap laporan mengenai jeritan dan bunyi tembakan yang datang dari sebuah rumah di Rockledge milik Nicholas Worthy dan teman wanitanya, Rachel Trexler.

Selepas Worthy dan Texler enggan memberikan kerjasama, waran tangkap dikeluarkan di rumah mereka pada pukul enam pagi Khamis.

Goodyear mendakwa pihaknya menemukan dadah jenis kokain, ganja dan paraphernalia, alat permainan seks serta kesan tembakan di dalam rumah tersebut.

Worthy, Trexler dan anak mereka tidak mengalami kecederaan.

Kedua-dua mereka ditahan di Penjara Daerah Brevard dengan jaminan $5,000 (RM19,562) atas kesalahan mengabaikan anak dan memiliki dadah.

Worthy yang bertugas di Pejabat Sheriff tersebut sejak 2012 telah pun dipecat serta-merta susulan insiden itu.

Oada Februari 2015, Worthy dan dua lagi pegawai polis telah menyelamatkan nyawa seorang lelaki daripada insiden kebakaran. - Orlando Sentinel

abaikan anak, pemilikan dadah

Artikel Sebelum

Artikel Lain