suria

Penggemar Daging Mentah 'Ternak' Cacing Dalam Otak

BEIJING: Serangan sawan yang dialami seorang pesakit lelaki membawa kepada penemuan yang mengejutkan sekumpulan doktor di sebuah hospital di Guizhou dekat sini.

Selain sawan, Wu, 46, mengalami muntah dan sakit kepala kronik sejak enam bulan lalu.

Susulan itu, sekumpulan doktor i Pusat Perubatan Universiti Guizhou telah melakukan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) ke atas pesakit berkenaan.

Hasilnya memang mengejutkan apabila kira-kira 30 telur cacing pita dikesan dalam otak lelaki yang gemar memakan daging mentah.

Wu mendakwa dia gemar memakan daging khinzir menyebabkan doktor percaya keadaan itu berlaku disebabkan daging itu mungkin tercemar akibat dimakan mentah atau kurang masak.

Berpuluh-puluh kantung telur itu disahkan adalah telur cacing pita yang menyebabkan terdapat pengumpulan cecair di dalam otak secara berlebihan sehingga dia mengalami sawan.

“Beberapa telur larva itu kelihatan bergerak. Kami terpaksa melakukan pembedahan dengan penuh teliti bagi mengelak telur itu pecah di dalam otak,” kata seorang pakar bedah, Dr. Yang Ming.

Ming turut mengesahkan tiada sebarang parasit yang berada di dalam otaknya kerana boleh menyebabkan kerosakan lebih serius pada tisu otak apabila menetas menjadi cacing.-TheSun

MRI, cacing pita

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain