suria

Penumpang Kantoi Onani Dalam Pesawat

Paparan skrin video seorang penumpang dikesan melakukan onani di dalam pesawat. Foto LiveLeak

VIDEO menunjukkan seorang lelaki sedang melakukan onani di tempat duduknya di dalam sebuah pesawat menggemparkan netizen.

Rakaman yang dibuat oleh seorang penumpang lain menyaksikan aksi lelaki itu dibuat di sebalik kain selimut.

Menerusi video berdurasi 39 saat, lelaki berkenaan kemudian menyedari aksinya dirakam dan cuba mengalihkan perhatian dengan mengubah kedudukan tempat duduk dan memeriksa telefon bimbitnya.

Insiden tersebut dipercayai dirakamkan pada bulan lalu, dilaporkan dalam penerbangan dari Brazil.

Ketika kejadian, lelaki tersebut berpakaian kemas dan duduk di barisan kerusi tanpa penumpang lain. - Mirror UK


onani

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain