Ibu Tiga Anak Dedah Pakai Korset 23 Jam Sehari - Dunia | mStar

Ibu Tiga Anak Dedah Pakai Korset 23 Jam Sehari

Diana mendedahkan dia memakai korset selama 23 jam sehari.

SEORANG wanita mendedahkan dirinya memakai korset selama 23 jam sehari semata-mata untuk mengekalkan saiz pinggang 18 inci.

Diana Ringo dari San Diego di California, Amerika Syarikat (AS) membuat kejutan apabila menunjukkan bentuk badannya yang ramping dalam program bual bicara This Morning pada Jumaat.

Para penonton yakin ibu kepada tiga anak ini kelihatan 'sakit dan sengsara' meskipun keadaan yang dialaminya tidak sakit sama sekali.

Wanita yang pernah berkhidmat sebagai tukang masak dengan tentera laut selama sembilan tahun itu, mula memilih pakaian yang menunjukkan pinggang yang mengecil selepas dia kehilangan bentuk badan apabila melahirkan anak kembar lelaki.

Bentuk badan diana sebelum dan selepas memakai korset.

Berat badannya yang bertambah selepas mengandung membuatkan Diana mahu menurunkannya menerusi diet seimbang, senaman dan pembedahan untuk menghapuskan kulit berlebihan.

Dia kemudian turut memutuskan untuk memakai korset dan hanya menanggalkannya ketika mandi dan bersenam di gim.

Diana berkata: "Saya mahu kekal seksi selagi boleh."

Wanita itu mengakui dia dipandang sinis di jalanan, malah mendedahkan suaminya berpendapat dia terlalu memikirkan tentang bentuk badannya. - Mirror

korset

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain