suria

Lelaki Bunuh Diri Selepas Tiket Loteri RM5.2 Juta Hilang

Gambar hiasan.

SEORANG pemenang loteri yang memenangi wang sebanyak 42 juta baht (RM5.2 juta) membunuh diri selepas kehilangan tiket tersebut.

Lapor The Sun, Jirawut Pongphan menjemput kawan-kawan dan keluarganya ke rumah untuk meraikan kemenangan itu, tapi tidak boleh menerima kenyataan setelah tiket tersebut hilang.

Lelaki berusia 42 tahun dari wilayah Chonburi yang terletak di timur Thailand mempunyai tujuh tiket dan menyangka dia akan menjadi kaya raya tapi harapannya hancur lebur sebelum ia sempat jadi kenyataan.

Pongphan yang tidak boleh menerima perkara tersebut bertindak membunuh dirinya pada 31 Januari dan sempat meninggalkan sekeping nota.

"Saya minta maaf, tolong jangan buli keluarga saya, saya pernah menang wang loteri itu," tulisnya.

Pongphan membeli tujuh tiket dengan nombor yang sama dengan harapan meninggikan potensi kemenangannya.

Mangsa memenangi hadiah utama itu pada November tahun lalu.

Namun, keterujaannya hanya bertahan tidak sampai sehari apabila tiket itu hilang secara 'misteri'.

Dia kemudiannya berasa murung dan sedih sehingga menyebabkannya tidak lagi mampu ke tempat kerja.

Polis Thailand menemui mayat Pongphan di dalam rumahnya berserta nota bunuh diri.

Kehilangan tiket itu masih tidak diketahui atau sekiranya ada orang lain yang telah menuntut wang kemenangan itu.

Dalam masa sama, tidak dapat dipastikan sama ada pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung kehilangan tiket itu.

tiket loter, bunuh diri

Artikel Sebelum

Riuh Jokowi Jadi Wartawan...

Artikel Berikut

Artikel Lain