suria

Kate Middleton Tayang Gambar Puteri Charlotte

DUA keping gambar Puteri Charlotte disiarkan pada hari dia menghadiri pusat asuhan buat kali pertama.

Gambar puteri yang comel dan berusia dua tahun itu diambil oleh ibunya, Duchess of Cambridge di Istana Kensington sebelum Charlotte masuk ke Sekolah Asuhan Willcocks yang terletak berhampiran kawasan istana.

Kos yuran di sekolah itu bernilai £3,000 (RM16,282) untuk sepenggal.

Pada gambar tersebut, puteri yang merupakan generasi keempat takhta Britain itu menggayakan kot berwarna merah dengan sehelai skarf dan beg galas kecil.

Puteri Charlotte akan hadir ke sekolah asuhan itu secara sepenuh masa dan sekolah tersebut menggunakan banyak waktu bermain sebagai kaedah pembelajaran.

Dibuka pada 1964, ia menawarkan pelbagai kelas termasuk bahasa Perancis, tarian, sukan dan muzik.

Laluan masuk ke Sekolah Asuhan Willcocks. 

Setiap pembangunan kanak-kanak akan dipantau oleh kakitangan yang dikhaskan oleh sekolah tersebut.

Ia diiktiraf sebagai cemerlang oleh Pejabat untuk Piawaian dalam Pendidikan (Ofsted) di United Kingdom dan disifatkan sebagai 'permata tersembunyi' oleh majalah Tatler. - Sky News

Puteri Charlotte

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain