suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu Campak Anak Dari Anjung Pangsapuri

SEOUL: Seorang budak lelaki berusia empat tahun maut, manakala adik perempuannya yang berusia dua tahun cedera parah selepas dicampak dari anjung pangsapuri yang didiami pada Jumaat.

Polis menemui dua kanak-kanak itu di luar kawasan pangsapuri itu.

Turut ditemui adalah mayat ibu mereka oleh penghantar barang yang kemudian membuat laporan polis.

Polis percaya ibu kedua-dua kanak-kanak itu telah mencekik anak lelakinya hingga mati sebelum membawa kedua-duanya ke anjung sebelum mencampak mereka satu demi satu.

Tambah polis lagi, wanita terlibat kemudiannya dipercayai melompat dari laluan tangga kecemasan hingga menyebabkan dia terkorban.

Setakat ini, polis masih menyiasat punca kejadian itu. - The Korea Herald/Asia News Network

Seoul

Artikel Sebelum

Artikel Lain