suria

Rawatan Putihkan Zakar Jadi Kegilaan!

Rawatan ini diperkenalkan sejak enam bulan lalu. -fotoAFP

DI sebuah negara yang terkenal dengan rawatan pemutihan atau pencerahan hampir segenap anggota badan, kaum lelaki di Thailand kini boleh mendapatkan rawatan laser baharu untuk mencerahkan kemaluan mereka.

Lelux, sebuah hospital di Bangkok menjadi tajuk berita dan perbualan media sosial negara ini selepas kakitangannya menulis tentang rawatan yang digelar ‘Pikachu laser’ di Facebook.

Di Thailand, watak kartun itu digunakan sebagai menggantikan perkataan zakar.

Rawatan ini menjanjikan pengurangan penghasilan melanin di bahagian zakar yang menjadikannya lebih cerah.

AFP melaporkan, setiap bulan, seramai 100 pelanggan lelaki mendapatkan rawatan di situ untuk menjadikan warna alat sulit mereka lebih putih.

Klinik yang terkenal dengan kepakaran pemutihan badan ini mula menawarkan rawatan tersebut enam bulan lalu selepas pelanggan lelaki mengadu tentang warna gelap di bahagian sulit mereka.

Rawatan ini menjadi tajuk berita di Thailand dan tular di media sosial. -fotoAFP

"Sejak kebelakangan ini ramai yang bertanya tentangnya, kami mendapat kira-kira 100 pelanggan sebulan, tiga hingga empat pelanggan setiap hari," kata Pengurus Jabatan Kulit dan Laser di Hospital Lelux, Bunthita Wattanasiri kepada AFP.

"Kami perlu berhati-hati kerana ia adalah bahagian sensitif badan," kata Bunthita sambil menambah kebanyakan pelanggan berusia antara 22 dan 55 tahun dengan yang majoritinya terdiri daripada komuniti LGBTQ Thailand.

Video seorang lelaki Thailand berbaring di katil hospital sambil doktor dikatakan sedang mencerahkan penisnya di hujung katil menerima hampir empat juta tontonan sejak Rabu.

Hospital Lelux mengiklankan teknik laser itu di Facebook sebagai ‘rawatan paling hangat dibincangkan pada masa kini untuk mendapatkan ‘Pikachu’ yang lebih cerah. Tamatkan masalah penis gelap anda. Ia tidak menyakitkan atau memerlukan pemulihan'.

Dalam ulasan tersebut, ramai wanita Thailand melakukan ‘tagging’ terhadap teman lelaki mereka dan menyatakan bahawa mereka harus mendapatkan rawatan yang ditawarkan pada harga THB20, 000 (AS$620) untuk lima rawatan itu.

Rawatan Vagina 3D ditawarkan kepada kaum wanita. -fotoHospitalLelux/FB

Dalam satu video ‘live’, Hospital Lelux juga menemubual lelaki dalam posting tular tersebut yang dikatakan telah melakukan rawatan laser.

Dia yang tidak dinamakan berkata perbezaannya dapat dilihat selepas rawatan pertama.

"Ia lebih cerah. Saya sudah mendapatkan tiga rawatan dan kini berasa lebih baik.

"Saya lebih yakin memakai pakaian renang ketika pergi bercuti."

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan jenis pakaian renang yang dipakainya, yang membuatkan ia nampak lebih baik dengan adanya kemaluan yang lebih cerah.

Tahun lepas, Hospital Lelux menjadi tajuk utama kerana menawarkan rawatan ‘Vagina 3D’, yang bagi menonjolkan bentuk kemaluan wanita.

Hospital Lelux, cerah zakar, laser

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dua Bayi Dibeku Hidup-Hidup

Artikel Lain