suria

Puteri Tunggal SRK Bakal Gegar Bollywood

Shah Rukh Khan bersama putera dan puterinya.

CAHAYA mata Shah Rukh Khan, sama ada Aryan, Suhana atau AbRam memiliki keistimewaan tersendiri. AbRam dengan lesung pipitnya yang comel, Aryan yang sentiasa tampak kacak atau Suhana dengan gayanya yang menawan dan menarik perhatian ramai.

Ketika ini, Suhana semakin mendapat perhatian apabila penampilan dan wajahnya saling tak sumpah seperti bapanya.

Anak perempuan tunggal aktor terkemuka Bollywood ini bagaikan bayangan SRK apabila dapat memberi aksi bersahaja di depan kamera.

Malahan, aktres veteran Shabana Azmi juga percaya Suhana mewarisi bakat SRK dan bakal menggegarkan dunia hiburan dan perfileman India.

SRK sendiri pernah berkata kepada DNA mengenai Suhana yang mahu menjadi pelakon. 

"Saya pernah saksikan persembahannya dan dia sememangnya bagus. Dia gemar menonton filem dan mahu menjadi sebahagian industri ini," kata SRK.- Indiatoday

Suhana Khan

Artikel Sebelum

Dua Bayi Dibeku Hidup-Hidup

Artikel Berikut

Artikel Lain