suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rumah Putih Larang Pekerja Bawa Telefon

PENTADBIRAN Presiden Amerika Syarikat (AS) melarang kakitangannya menggunakan telefon bimbit peribadi ketika bekerja walaupun ada dalam kalangan pekerja bimbang tidak dapat berhubung dengan keluarga.

Berkuatkuasa 5 Januari ini, kakitangan pentadbiran Donald Trump di Rumah Putih tidak dibenarkan membawa telefon bimbit peribadi ke tempat kerja.

Ketua Staf John Kelly yang melaksanakan larangan itu memaklumkan ia melibatkan hal keselamatan.

Trump berulang kali mengadu mengenai kebocoran maklumat kepada pihak media sejak memegang jawatan utama negara itu, namun perkara itu dinafikan.

Seorang pegawai Rumah Putih berkata, terlalu banyak alat komunikasi tanpa wayar di situ dan ia menyebabkan telefon peribadi tidak lagi selamat untuk kerajaan Persekutuan.

Selain itu, kakitangan Rumah Putih juga tidak dibenarkan menggunakan telefon di pejabat untuk tujuan peribadi.

Pegawai di pejabat itu juga bimbang larangan itu akan menimbulkan masalah kerana mereka juga tidak dapat menghantar mesej kepada ahli keluarga terutama ketika sibuk bekerja.- Bloomberg

Rumah Putih, Trump

Artikel Sebelum

Ajaib! Air Panas Bertukar Salji

Artikel Berikut

Artikel Lain