suria

Beku Di Ambang 2018

AMERIKA Syarikat sedang melalui cuaca sejuk melampau hingga mengakibatkan air terjun Niagara Falls membeku, manakala jerung mati kesejukan di Lautan Atlantik.

Suhu menjunam melepasi paras beku dari Memphis ke Maine pada Ahad, hari terakhir 2017.

Selain itu, arah selatan di Charleston, Carolina Selatan pula hujan menambahkan lagi kesejukan pada ambang 2018.

Pihak berwajib pula mengeluarkan amaran kepada penduduk New York mengenai cuaca sejuk yang makin melampau hingga menyebabkan laluan kereta api retak dan mencetuskan kekecohan dalam kalangan pengguna pengangkutan awam itu.

Keadaan itu juga meningkatkan jumlah kematian, kerosakan kenderaan dan kejadian mencuri.

Kira-kira 30 kemalangan dilaporkan di jalan raya Michigan kerana terlalu licin akibat ais dengan salji setebal 15 sentimeter.

Dalam satu kejadian, seorang wanita berkerusi roda terbabas akibat cuaca buruk pada suhu -28 Celsius.

Menurut pihak polis, wanita berusia 83 tahun itu meninggal dunia akibat selepas dirempuh sebuah trak di Dakota Selatan.

Pihak kaji cuaca pula mengeluarkan amaran kepada penduduk mengenai kemungkinan menghidap hipoterma.

Situasi semasa ini juga mengakibatkan pihak kebajikan cuba memastikan gelandangan dalam keadaan selamat dengan menyediakan tilam untuk mereka.

Selain itu, pertubuhan perlindungan haiwan pula mengingatkan orang ramai supaya menjaga haiwan peliharaan mereka sebaik mungkin dan tidak meninggalkannya di luar rumah.

Niagara Falls, Atlantik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lelaki Dayus Belasah Wanita

Artikel Lain