suria

Lima Sekeluarga Maut Nahas Pesawat Di Sydney

LIMA sekeluarga dari Britain yang sedang bercuti terkorban dalam nahas kapal terbang di Sydney.

Richard Cousins, Emma Bowden dan tiga anak mereka, William, 25; Edward, 23 dan Heather, 11 maut apabila pesawat yang dinaiki terjunam di perairan berhampiran Sydney pada Ahad.

Cousins, 58 adalah pegawai kanan syarikat katering terkemuka dunia, Kumpulan Compass.

Pasukan penyelam menemui enam mayat termasuk juruterbang warga Australia, Gareth Morgan, 44 yang bertugas dengan syarikat pelancongan, Sydney Seaplanes.

Ketika kejadian, mereka dalam penerbangan pulang ke Sydney apabila pesawat itu terhempas ke Teluk Jerusalem berdekatan Cowan pada 3.10 petang, Ahad.

Cousins dinamakan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Cemerlang oleh Harvard Business Review dan dijangka meletak jawatan pada Mac ini.

Pegawai penyiasat Superintendan Mark Hutchings berkata, kejadian itu adalah kemalangan tragik kerana berlaku ketika keluarga itu sedang bercuti.

Compass, Cousins

Artikel Sebelum

Tenang Berenang Dengan Paus

Artikel Berikut

Beku Di Ambang 2018

Artikel Lain