suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Butang Nuklear Sentiasa Di Meja Saya"

SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) dengan mendakwa butang nuklear sentiasa dekat untuk ditekan pada bila-bila masa.

Pada masa sama, Jong-un turut menawarkan sesi dialog terbuka dengan Seoul selepas tercetus ketegangan berhubung program senjata nuklearnya.

Demikian antara intipati menerusi mesej tahun baru 2018 pemimpin Korea Utara itu yang disiarkan menerusi stesen penyiaran negara itu.

"Butang nuklear sentiasa di meja saya. Ini bukan ugutan tetapi realiti," kata Jung-un.

Bagaimanapun, Jung-un menganggap ketegangan dengan jirannya di selatan seharusnya diredakan dan suasana yang lebih aman wajar diwujudkan.

Malahan, pihaknya sedang mempertimbangkan untuk menghantar pasukan ke Olimpik Musim Sejuk yang akan berlangsung di Pyeongchang, Korea Selatan pada Februari ini.

Susulan itu juga, Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in berkata, pihaknya akan meningkatkan kawalan keselamatan berikutan penyertaan jirannya itu ke kejohanan antarabangsa itu.

Jung-un, nuklear

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kebab 'Terbang' Ke Angkasa

Artikel Lain