Mati Beku Selepas 15 Tahun Dikurung Ibu Bapa - Dunia | mStar

Mati Beku Selepas 15 Tahun Dikurung Ibu Bapa

Rumah tempat mangsa dikurung di Osaka. -fotoGetty/TheAsahiShimbun

PASANGAN suami isteri Jepun ditangkap selepas didakwa mengurung anak perempuan mereka lebih dari 15 tahun sebelum dia mati kesejukan pada usia 33 tahun, media tempatan melaporkan Rabu.

Yasutaka Kakimoto, 55, dan isterinya, Yukari, 53, yang tinggal di Osaka mengaku mengunci anak perempuan mereka Airi di sebuah bilik kecil berukuran tiga meter persegi dari usia 16 atau 17 tahun, menurut Kyodo News.

Bedah siasat menunjukkan Airi telah mati beku dan kekurangan zat, dengan berat kira-kira 19kg.

Pasangan itu memberitahu polis mereka mengurung Airi kerana dia sakit mental dan bertindak ganas, menurut penyiar kebangsaan NHK, sambil menambah bilik itu mempunyai interkom yang digunakan keluarga untuk berkomunikasi dengannya.

-fotoREUTERS

Mereka dilaporkan memberi makan anak perempuan mereka sekali sehari.

Polis dipetik sebagai berkata bahawa pasangan itu memberitahu: "Anak perempuan kami sakit jiwa dan dari usia 16 atau 17 tahun dia bertindak ganas, jadi kami meletakkannya di dalam bilik."

Mereka juga meletakkan lebih daripada 10 kamera pengawasan di sekitar rumah dan memasang pagar setinggi 6 kaki dalam usaha untuk menyembunyikan rahsia mereka, menurut akhbar Yomiuri Shimbun.

Selepas melaporkan kematiannya kepada polis, pasangan itu pada awalnya didakwa melakukan pelupusan mayat secara haram tetapi pihak polis juga mempertimbangkan pertuduhan lain termasuk melakukan pengurungan, menurut Kyodo.

sakit mental , kurung anak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Apa? Anak Gajah Jadi Hadiah Krismas?

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain