suria

Kawan Baik Tapi Sebenarnya Adik Beradik Kandung

Alan Robinson (kiri) dan Walter Macfarlane.

HAWAII: Kedua-duanya berkawan baik di Hawaii dan hubungan mereka amat rapat seperti sebuah keluarga.

Namun Alan Robinson dan Walter Macfarlane hanya mengetahui mereka sebenarnya adik beradik kandung selepas 60 tahun.

Saluran berita Hawaii KHONS2 berkata, kedua-dua mereka  berkawan baik selama 60 tahun.

Mereka dilahirkan dan dibesarkan di Hawaii dan bertemu buat kali pertamanya semasa di Gred 6.

Macfarlane tidak mengetahu siapa bapa kandungnya yang sebenar manakala Robinson dibesarkan keluarga angkat.

Macfarlane turut dilaporkan mencari bapanya sejak bertahun-tahun lamanya menerusi media sosial dan Internet.

Malah dia turut menggunakan khidmat laman web pemadanan DNA sebagai usaha terakhirnya.

Dia menjumpai individu menggunakan nama Robi737 yang sepadan dengan DNA miliknya.

Nama samaran Robinson adalah Robi dan dia turut mencari jawapan mengenai keluarganya di laman web tersebut.

Selepas membuat pemeriksaan, Macfariane dan Robinson menyedari mereka dilahirkan oleh ibu yang sama.

“Ia amat mengejutkan. Sudah tentu dan kami turut membandingkan lengan kami yang berbulu,” kata Robinson.

Macfarlane memberitahu KITV.com bahawa dia tidak pernah terfikir bahawa mereka sebenarnya adik beradik.

“Tidak pernah terlintas di fikiran, ia amat mengejutkan. Ia diketahui hanya selepas 60 tahun,” katanya.

kawan baik, adik beradik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bisu Selepas Lama Tak Bercakap

Artikel Lain