suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bunuh Bos Tak Lulus Cuti

-fotoKhaleejTimes

SEORANG juruteknik berdepan tuduhan bunuh selepas menikam majikannya sehingga mati kerana enggan meluluskan cutinya, mahkamah di Dubai didengari.

Juruteknik Pakistan berusia 25 tahun itu telah membuat permohonan cuti daripada penyelianya berbangsa India seminggu sebelum kejadian, tetapi permohonannya itu ditolak.

Pada hari kejadian, tertuduh telah bertanyakan tentang permohonan itu kepada penyelianya.

Apabila mangsa tidak mengendahkan pertanyaannya, tertuduh bertindak menyerangnya dengan pisau tajam. Dia didakwa menikam mangsa di dada dan perut, dedah rekod mahkamah.

Tertuduh juga cuba menyerang seorang rakan sekerja dengan pisau yang sama ketika dia berjalan ke tempat kejadian di kemudahan buruh di Jebel Ali.

Bagaimanapun, rakan sekerjanya itu berjaya mengelak dan memegang tangan defendan, memaksa dia melepaskan pisau tersebut.

Menurut rekod mahkamah, tertuduh mengaku menikam penyelianya selepas bertengkar. Walau bagaimanapun, dia menafikan tuduhan di mahkamah 'first instance', di mana kes-kes dimulakan.

Seorang polis yang pergi ke tempat kejadian memberitahu pendakwa bahawa defendan membunuh penyelianya disebabkan konflik berkaitan pekerjaan dan kemudahan penginapan.

Polis itu berkata, dia menemui tertuduh yang ditahan di tempat kejadian dengan tangan dan pakaiannya berlumuran dengan darah.

Rekod perubatan mengesahkan bahawa mangsa mati akibat luka di paru-paru dan hati.

Kes itu ditangguhkan sehingga 14 Januari. -KhaleejTimes

mohon cuti, tikam bos

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain