suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

WhatsApp Ucap 'Bye' Kepada Beberapa Telefon

- Gambar hiasan

APLIKASI mesej mudah alih WhatsApp akan menghentikan fungsinya pada beberapa platform bermula 31 Disember ini, syarikat itu mengesahkan.

Aplikasi komunikasi popular dunia itu akan menggugurkan sokongannya untuk BlackBerry OS, BlackBerry 10 dan Windows Phone 8.0 serta platform-platform yang lebih lama bermula 31 Disember 2017, menurut laporan express.co.uk yang disiarkan pada Isnin.

"Kami tidak lagi aktif membangunkan platform-pltaform ini, sesetengah ciri mungkin berhenti berfungsi pada bila-bila masa," menurut WhatsApp.

"Platform ini tidak menawarkan keupayaan yang kami perlukan untuk memperluaskan ciri aplikasi kami pada masa akan datang.

"Jika anda menggunakan salah satu daripada peranti mudah alih yang terjejas, kami mengesyorkan peningkatan ke versi sistem operasi (OS) yang lebih baharu atau kepada Android yang lebih baharu yang menggunakan OS 4.0+, iPhone yang menggunakan iOS 7+, atau Windows Phone 8.1+ supaya anda boleh terus menggunakan WhatsApp," tambah syarikat itu.

WhatsApp menyatakan bahawa ia juga tidak akan berfungsi pada 'Nokia S40' selepas Disember 2018.

Malah aplikasi itu akan berhenti berfungsi dengan betul pada Android OS versi 2.3.7 dan lebih lama, selepas 1 Februari 2020.

WhatsApp, sistem operasi

Artikel Sebelum

Jangan Tengok Bawah!

Artikel Berikut

Bunuh Bos Tak Lulus Cuti

Artikel Lain